Thursday, March 5, 2009

Sakti Cinta (Terbaru 2009)

RM 23.90 - 755 hlm


DINA AZURA membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut...Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih banyak dengan mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tidak pernah muncul lagi, membuatkan hatinya separuh mabuk rindukan lelaki itu.

"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tidak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula digegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

Thursday, January 31, 2008

Kembara Rindu Di Sakura

Novel Pertama terbitan iBook Creative

RM 20.90 - 494 hlm

Ciuman Fuji-san telah membuat dia tidak boleh melupakan jejaka itu sehingga ke saat ini. Namun dia masih lagi membenci lelaki itu demi egonya. Kalau Farah tahu, peristiwa itu apa pula katanya nanti. Harap-harap Zaleha dapat menyimpan cerita dengan kukuh. Janganlah Fuji-san membuka rahsia itu kepada orang lain pula.
Tiba-tiba kerinduan begitu mendera perasaannya malam ini. Masalah dengan Fuji-san begitu menganggu emosinya. Dia cuba memejamkan mata tetapi hendak terlena, segala-galanya masih berperang diminda
sukarnya kini...

Wednesday, August 8, 2007

Dedalu Di Hati

2007 RM 22.00

Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas-puas dia menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihatan comel dalam tidurnya. Mengingatkan peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang...
Irina memerhatikan gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan raut wajah Hadzril. Dari kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril, segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yang diinginkan menjadi pelindung dalam hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya, itulah harapannya.

Bidadari

2007 RM 19.90

Aku menelentangkan badan. Kupandang langit-langit kamar tidurku. Aku cuba mengalihkan kepahitan hidup dengan memejamkan kelopak mataku. Bayangan bidadari dengan gaun putih panjang dalam istilah naluri dan perasaaanku mulai muncul di kotak minda... seolah-olah itulah diriku. Aku merasa terawang-awang di awan yang memutih dengan langit kebiru-biruan, sungguh indah...sungguh asyik. Aku menari-nari, tanpa ada kecewa tanpa rasa duka...Alangkah bahagianya aku.

Siapakah bidadari...?
Siapakah Puteri Nuur...?
Siapakah DIA?
Sesungguhnya hidup ini memang sulit kalau sudah terdesak...
Ketahuilah jawapan kepada persoalan ini dalam kisah selanjutnya...

Saturday, May 26, 2007

Suzana


2007 RM 23.00

TERGAMAM aku mendengar kata-kata daripadanya. Terasa seperti jantungku berhenti berdenyut. Mukaku pucat lesi seperti orang menghidap penyakit kuning. Sungguh biadab budak kampung ini menyuruh aku meninggalkan agama yang aku anuti serta sanjungi dan mengambil agamanya yang selama ini aku musuhi. Agama yang mengembalikan manusia ke zaman unta. Kata-katanya sungguh tidak sopan dan tidak menghormati perasaan aku. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku sumbat mulutnya yang celupar dengan penumbukku biar bisu. Aku merenung tajam ke arah mukanya sambil menahan perasaan marah. Aku khuatir kalau aku tidak dapat mengawal diri, buruk akibatnya. Dia sedar perubahanku. Walau bagaimanapun wajahnya kelihatan tenang bersahaja, tanpa menunjukkan rasa bersalah...

Jerat Asmara


2007 RM 19.90

Firdaus sudah pergi...sudah lama dia pergi! Rintih Airin sendiri sambil memusing keretanya meninggalkan tempat itu. Dia memandu tidak menentu. Airmatanya yang bercucuran dibiarkan sahaja jatuh di pipi lantas menimpa ribaannya. Sesekali pandanganya jadi kabur. Airin memberhentikan keretanya di tubir jalan. Lama dia berhenti di situ sambil memandang sekeliling. Dia tidak tahu di mana dia berada kini...

Angin laut terasa bertiup nyaman dan menyegarkan. Malam yang indah...bisik Nedzarul sendiri. Tetapi lebih indah sekiranya Airin menjadi miliknya! Argh! Hati...mengapa masih belum jua dapat menerima kenyataan bahawa Airin kini tidak mungkin menjadi miliknya. Dan dia hanya menemani Airin untuk mencari satu kebenaran dan kepastian.

Thursday, April 5, 2007

One Of Our Top Novel

Sentuhan Kasih
RM 21.00


Razif merasakan telah berputik bunga-bunga kemesraan dalam rumahtangganya yang dulunya hambar. Syahira mula menunjukkan sifat manjanya kepada Razif, namun dua malam lepas Razif merasakan Syahira takut mendekatinya apabila dia berada di dalam bilik mereka. Apa yang pasti, Syahira hanya akan masuk ke bilik untuk tidur, itupun apabila dia pasti Razif telah tidur lena.

Syahira berbuat demikian untuk menyelamatkan dirinya daripada Razif. Kalau boleh dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Dia belum bersedia sepenuhnya, apatah lagi keputusan STPMnya belum diumumkan. Walaupun menjadi isteri dia telah bersedia namun untuk bergelar ibu dia perlu berfikir panjang kerana perjalanan untuk mencapai cita-citanya masih jauh lagi. Walau apapun dia ingin ke peringkat yang lebih tinggi, itulah hasrat yang tidak pernah padam dari dalam dirinya.