Thursday, April 5, 2007

One Of Our Top Novel

Sentuhan Kasih
RM 21.00


Razif merasakan telah berputik bunga-bunga kemesraan dalam rumahtangganya yang dulunya hambar. Syahira mula menunjukkan sifat manjanya kepada Razif, namun dua malam lepas Razif merasakan Syahira takut mendekatinya apabila dia berada di dalam bilik mereka. Apa yang pasti, Syahira hanya akan masuk ke bilik untuk tidur, itupun apabila dia pasti Razif telah tidur lena.

Syahira berbuat demikian untuk menyelamatkan dirinya daripada Razif. Kalau boleh dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Dia belum bersedia sepenuhnya, apatah lagi keputusan STPMnya belum diumumkan. Walaupun menjadi isteri dia telah bersedia namun untuk bergelar ibu dia perlu berfikir panjang kerana perjalanan untuk mencapai cita-citanya masih jauh lagi. Walau apapun dia ingin ke peringkat yang lebih tinggi, itulah hasrat yang tidak pernah padam dari dalam dirinya.

Monday, March 12, 2007

Anugerah Cinta

2007 RM 14.90
Cinta itu adalah Anugerah yang tiada ternilai dan diletakkan di atas landasan yang benar. Usah kau cari cinta itu, kerana cinta yang murni itu adalah ketentuan Ilahi buatmu. Apabila kau telah bertemu cinta yang sejati jangan pula kau cemari dengan kisah kasih silammu.

Anugerah cinta jua umpama cahaya yang datang menerangi sebuah kehidupan sekiranya kau telah bersedia berenang di dalam geloranya. Kiranya kau mengerti bahawa cinta itu terlalu bermakna buat insan seperti kita, usah kau ragukan kesetiaan dan kejujuranku ini. Kita seharusnya telah mampu bertahan di teratak indah yang menjadi anugerah abadi ini dengan anyaman kasih sayang yang tulus dan suci.

....Semalam telah menjadi memori indah buat kita.

Saturday, March 10, 2007

Kasih Yang Terlerai


2007 RM 21.00

Fahrin telah berdosa jatuh cinta pada Diya, cinta yang tersasar dari landasan kasihnya yang sebenar. Rasa bersalah kerana melayani perasaan hati tetapi apakan daya, dia tiada kekuatan diri untuk melupakannya. Sesungguhnya dia tidak berdaya menepis cinta di sangkar orang. Pengalaman manis sewaktu bersama membuatkan hatinya begitu bahagia, jiwanya tersentuh sehingga emosi terkeliru. Dia tahu, Diyajuga berperasaan begitu, terlalu menyanyanginya dengan sepenuh hati.

Kini takdir telah menentukan segalanya. Renungan mata itu menyimpan segala rahsia bersama kesayuan menahan kesakitan yang terlalu pedih untuk ditanggungnya. Badrul Jamil terpaku di sisinya seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi, dadanya semakin sebak untuk meninggalkan orang-orang yang disayangi. Dia sempat memohon maaf daripada Badrul Jamil, permohonan yang penuh dengan rahsia pada saat pemergian yang telah ditakdirkan untuknya. Badrul tidak akan faham, sesiapapun tidak akan faham, segala-galanya menjadi memori antara dia dan kekasihnya...